Masa tidak Menunggu Kita

Saturday, 6 August 2011

Do'a Ketika Memakai Pakaian & Doa ketika memakai pakaian baru

[image-02.gif]


Maksudnya:
"Segala puji bagi Allah yang memakaikan aku (pakaian) ini, dan memberi rezeki kepadaku tanpa daya dan kekuatan dariku".




[image-03.gif]


Maksudnya:

"Ya Allah bagiMu segala pujian, Engkaulah yang memakaikannya padaku. Aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan tujuan ia dicipta dan aku memohon perlindungan denganMu daripada kejahatannya dan kejahatan tujuan ia dicipta".





Kita seringkali didgrkan oleh ibu-bapa kita, bhawa jika memakai pakaian, hendaklah membaca do'a2 diatas... Jika tidak, syaitan akan memakai pakaian tersebut bersama-sama kita... so, amalkanlah bacaan2 do'a diatas agar kita terpelihara dr syaitan laknatullah...

Wednesday, 3 August 2011

Doa ketika bangun dari tidur

Do'a ringkas

[image-01-1.gif]


Maksudnya:


Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepadaNya kami akan kembali.


Do'a panjang

[image-01-2.gif]

Maksudnya:


Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya kekuasaan dan bagiNya pujian dan Dia berkuasa atas setiap sesuatu . Maha Suci Allah, Segala puji bagi Allah dan tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Allah Maha Besar, tiada daya dan upaya melainkan degan keizinan Allah. Ya Allah ampunilah daku.

Istighfar (meminta ampun) dan taubat

[image-43.gif]

Maksudya:


Aku minta ampun daripada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain daripadaNya, yang hidup dan yang menguruskan makhlukNya dan aku bertaubat kepadaNya.

Do'a Mohon ditetapkan Hati Dalam Kebenaran



"Wahai Tuhan kami, janganlah kiranya Tuhan menggoncang-goncangkan hati kami setelah Tuhan mmberikan petunjuk pada kami, dan berikanlah kerahmatan pada kami dari 

Monday, 1 August 2011

Do'a berpuasa Di Bulan Ramadhan

Sempena bulan Ramdhan yg kite jejaki kini, ana nak engatkn do'a berpuasa bg mereka yg mungkin terlupa... =)
Jangan lupa baca sblm tidur ye???

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.


Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.


Do'a Amalan untuk Para Pelajar

Baca Surah An-Nur ayat 35 setiap pagi dan petang.. Maksud ayat ini:

Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayat petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu dengan sendirinya memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayat yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayatNya itu dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Amalan Do'a selepas solat

Ya ALLAH Ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung dngnMu dr hati yg tdk khusyuk, dan do'a yang tdk didngari, dan drpada nafsu yang tidak puas, serta ilmu yg tdak bermanfaat... aku berlindung dngnMu empat perkara itu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...